Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Melikai
22 Mei 2021
13 Mei 2021
16
Kuala Penyu
Kuala Penyu
Kluster Melikai di Kuala Penyu melibatkan kes indeks dari Wilayah Persekutuan Labuan yang balik ke Kg Melikai Menumbok untuk menyambut aidilfitri mulai 13 Mei 2021. Kes indeks merupakan wanita, 50, Penolong Guru Tadika Perpaduan di Batu Arang, Labuan yang mula bergejala batuk dan demam, tetapi negatif dalam saringan masuk ke Sabah pada 12 Mei 2021. Selepas empat hari berada di Sabah, kes indeks yang menjalani saringan sebelum diberikan dos kedua vaksin di Klinik Kesihatan Labuan kemudiannya disahkan positif COVID-19 pada 17 Mei 2021. Daripada 167 sampel yang diambil dalam kluster ini, 15 lagi dikesan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 16 kes, manakala baki 74 sampel masih dalam proses. Aktiviti kawalan dan pencegahan sedang giat dijalankan.