Kluster Indani di Semporna mula direkodkan pada 16 Mei 2021 apabila kes indeks, warganegara, lelaki, 20, menjalani saringan bergejala di Hospital Semporna dan disahkan positif RTK Ag. Kes indeks telah ditempatkan di Hospital Semporna untuk rawatan dan isolasi. Susulan kes itu, saringan kontak yang dijalankan kemudian berjaya mengesan 11 lagi kes positif termasuk ahli keluarga (generasi pertama dan kedua), menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes setakat hari ini. Secara keseluruhan, 96 sampel kontak rapat telah diambil, manakala 49 orang kontak yang lain adalah negatif dan 35 sampel lagi masih menunggu keputusan. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak-kontak rapat masih giat dijalankan.