Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Tenegang
25 Mac 2021
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Tenegang di Daerah Kinabatangan mencatatkan 19 lagi kes baharu
positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 20 kes. Kes indeks adalah
pekerja kilang sawit yang telah merentas zon untuk melawat keluarga dan disahkan
positif melalui saringan bergejala. Saringan kontak rapat mendapati 19 lagi kes
positif masing-masing tujuh (7) kes melibatkan pekerja kilang dan 12 kes adalah
ahli keluarga pekerja berkenaan. Aktiviti saringan masih giat dijalankan di samping
persampelan COVID-19 serta disinfeksi untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko
kemungkinan jangkitan lebih meluas ke ladang – ladang berhampiran.