Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Siasai Tamu
25 Mac 2021
11
Kota Belud
Kota Belud
Kluster Siasai Tamu di Daerah Kota Belud pada hari ini menambah satu (1) lagi
kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 11 kes. Kes indeks
merupakan guru wanita pra-sekolah, berusia 46 tahun yang disahkan positif COVID19

melalui saringan bergejala di salah sebuah pusat perubatan di Kota Belud.
Berdasarkan rekod, kes indeks telah menghadiri majlis kenduri arwah di rumah kakaknya. Hasil saringan kontak rapat mendapati enam (6) orang positif di rumah
berkenaan, sementara itu empat (4) lagi dikesan positif melalui saringan tempat
kerja (sekolah terbabit). Setakat ini, seramai 162 orang penduduk di Kampung
Siasai telah menjalani saringan.