Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Ranggu
30 Mac 2021
26 Mac 2021
7
Tawau
Tawau
Kluster Ranggu di Tawau dikesan pada 26 Mac 2021 apabila kes indeks iaitu
jurujual alat komunikasi menjalani saringan bergejala di salah sebuah klinik. Hasil
saringan kontak rapat, tujuh (7) lagi kes positif termasuk rakan serumah dan teman
lelaki direkodkan. Berdasarkan penelitian kes, jangkitan dipercayai berpunca
daripada keluarga kes indeks yang menghadiri kenduri arwah di Taman Semarak
pada 20 Mac 2021 dan Majlis Graduasi pada 24 Mac 2021. Pengesanan kontak
rapat sedang giat dijalankan.