Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Muhibbah Dua
19 Mei 2021
16 April 2021
14
Lahad Datu
Tawau, Lahad Datu
Kluster Muhibbah Dua di Lahad Datu mula dikesan pada 16 April 2021 melalui saringan bergejala ke atas kes indeks iaitu lelaki, warganegara, 47, di sebuah klinik swasta. Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 22 ahli keluarga dan kontak rapat, 13 lagi kes disahkan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes. Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melakukan rentas daerah ke Tawau selama dua hari bermula 07 April 2021 atas urusan peribadi. Selain itu, kes indeks turut menghadiri aktiviti berbuka puasa dan sambutan aidilfitri di rumah mertua (Kg Muhibbah) bersama ahli keluarga yang lain. Semua 14 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu. Di samping itu, kontak-kontak rapat juga diarahkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu.