Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Pagar Sg Imam
19 Mei 2021
15 Mei 2021
27
Tawau
Tawau
Kluster Pagar Sg Imam di Tawau berlaku ekoran aktiviti kunjung-mengunjung semasa sambutan aidilfitri. Kes indeks adalah lelaki, 53, yang dikesan positif pada 15 Mei 2021 setelah mengalami gejala. Susulan kes itu, saringan kontak dijalankan terhadap ahli keluarga kes indeks yang tinggal di lokaliti terbabit melibatkan empat buah rumah dengan jumlah isi rumah seramai 43 orang. Daripada 70 orang yang disaring, didapati 26 orang disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 27 kes. Penyebaran jangkitan dipercayai melalui kucupan dan bersalaman. Aktiviti pengesanan kontak dan siasatan punca penularan jangkitan sedang dijalankan secara aktif.