Kluster Kolopis di Penampang mencatat jumlah terkini sebanyak 13 kes positif COVID-19. Kes indeks merupakan pesara lelaki yang dikesan positif RTK-Ag 80% hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Penampang pada 04 Mei 2021. Punca perebakan berkemungkinan besar berlaku pada sebuah majlis marriage blessing pada 28 April 2021. Setakat hari ini, 30 kontak rapat telah disaring dan aktiviti mengenalpasti punca jangkitan masih giat di jalankan di lapangan.