Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Meruntum
11 April 2021
8 April 2021
8
Putatan
Putatan
Kluster Meruntum di Putatan merekodkan dua (2) kes baharu positif COVID-19 pada hari ini iaitu satu (1) di Putatan dan satu (1) lagi di Penampang, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan (8) kes. Kluster ini juga mengaitkan satu (1) kes (generasi kedua) yang dilaporkan di luar daerah Penampang. Kes indeks merupakan Ketua Anak Negeri yang dikesan positif hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 08 April 2021. Berdasarkan penelitian pergerakan, kes indeks telah menghadiri majlis aqiqah di Kg Meruntum Fasa III pada 27 hingga 28 Mac 2021 dan kursus di Majlis Daerah Putatan pada 31 hingga 1 April 2021. Daripada 71 kontak rapat yang disaring sehingga 09 April 2021, lapan (8) orang disahkan positif sementara 62 orang lagi masih menunggu keputusan