Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kota Sawit
22 April 2021
13 April 2021
14
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Kota Sawit di Kinabatangan pada hari ini mencatat jumlah kumulatif sebanyak 14 kes. Kes indeks merupakan pekerja kilang sawit yang dikesan positif COVID-19 melalui (RTK Ag) saringan bergejala pada 13 April 2021 di sebuah pusat perubatan. Susulan kes itu, saringan kontak rapat mendapati 13 lagi kes positif termasuk seorang tanggungan pekerja. Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melawat keluarganya yang tinggal di zon merah (Lahad Datu). Sehingga hari ini, kilang terbabit ditutup manakala para pekerja pula telah dikuarantin. Aktiviti persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan menular ke ladang-ladang berhampiran.