Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Madai
28 April 2021
4 April 2021
30
Kunak
Kunak
Kluster Madai di Kunak, Lahad Datu merekodkan jumlah kumulatif positif COVID-19 sebanyak 30 kes. Daripada kluster ini, 12 kes dicatatkan di Lahad Datu manakala 18 kes lagi di Kunak.

Kes indeks merupakan pekerja pasaraya di Lahad Datu yang dikesan positif dalam saringan bergejala pada 04 April 2021. Saringan kontak rapat pada 08 April mendapati 11 rakan serumah juga positif RTK-Ag. Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada ibu mertua yang telah melakukan rentas daerah ke Kunak bagi menzarahi anaknya iaitu guru di SMK Madai. Guru tersebut telah disahkan positif oleh pusat kesihatan di Kunak pada 09 April 2021.