Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg Bergosong
30 April 2021
13 April 2021
21
Tawau
Tawau
Kluster Kg Bergosong di Tawau merupakan kluster jenis komuniti dan tempat kerja yang merekodkan jumlah terkini sebanyak 21 kes. Kes indeks merupakan seorang suri rumah dari Kg Bergosong yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala pada 13 April 2021. Saringan terhadap kontak rapat kemudiannya mendapati lapan (8) kes positif termasuk ahli keluarga kes indeks. Hasil penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri tahlil pada 08 April 2021. Saringan di tempat kerja iaitu di Ladang Prosperous Kg Bergosong turut dijalankan berikutan salah seorang daripada kontak rapat yang dikesan positif merupakan pekerja di ladang terbabit. Hingga kini, aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan masih giat dijalankan.