Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Umas
1 Mei 2021
22 April 2021
34
Kalabakan
Kalabakan
Kluster Umas di Kalabakan berlaku di Mukim Brumas, Daerah Kalabakan dengan catatan jumlah terkumpul sebanyak 34 kes positif. Kes indeks merupakan Pengurus Lesen Pekerjaan Felda Utara Kalabakan yang dikesan positif hasil saringan bergejala pada 22 April 2021. Turut disahkan positif, sembilan (9) ahli keluarga kes indeks serta lapan (8) orang jemaah di sebuah masjid selepas menjalani saringan kontak rapat. Hasil penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melakukan aktiviti di masjid seperti berbuka puasa dan pengagihan moreh bersama AJK masjid. Pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan masih giat dilaksanakan.