Kluster Institusi Pendidikan ini terjadi di daerah Ranau dan melibatkan warga SMK Bundu Tuhan. Indeks kes adalah seorang lelaki, 24 tahun, warganegara dan merupakan seorang pekerja kontrak pembersihan di SMK Bundu Tuhan yang dikesan melalui saringan bergejala pada 4 Februari 2022. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati pertambahan 27 kes. Secara keseluruhannya, kumulatif 28 kes positif dilaporkan setakat 16 Februari 2022. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin