Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Bandau
Institusi Pendidikan
16 Februari 2022
9 Februari 2022
96
Kota Marudu
SMK Kota Marudu 1, Kota Marudu
Kluster Institusi Pendidikan ini terjadi di daerah Kota Marudu dan melibatkan pelajar di Asrama SMK Kota Marudu 1. Indeks kes merupakan seorang pelajar lelaki, warganegara, berumur 18 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 9 Februari 2022. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati pertambahan 95 kes. Secara keseluruhannya, kumulatif 96 kes positif dilaporkan setakat 16 Februari 2022. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.