Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Tembok Kota Kinabalu 2
Pusat Tahanan
15 Februari 2022
104
Kota Kinabalu
Penjara Kepayan
Kluster Pusat Tahanan ini terjadi di daerah Kota Kinabalu dan melibatkan banduan di penjara lelaki dan kakitangan di Penjara Kepayan. Indeks kes merupakan seorang lelaki, warganegara berumur 27 tahun dan banduan yang bakal dilepaskan dari tahanan penjara. Saringan terhadap kontak rapat telah mendapati pertambahan 103 kes. Secara keseluruhannya, kumulatif 104 kes positif dilaporkan setakat 15 Februari 2022. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.