Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jubi Tambulion
Institusi Pendidikan
15 Februari 2022
12 Februari 2022
22
Kota Belud
SMK Tambulion, Kota Belud
Kluster Institusi Pendidikan ini terjadi di daerah Kota Belud dan melibatkan pelajar di Asrama Jubilee SMK Tambulion. Indeks kes merupakan seorang pelajar lelaki, warganegara, berumur 17 tahun yang dikesan melalui saringan bergejala pada 12 Februari 2022. Saringan terhadap kontak rapat yang terdiri daripada rakan sebilik dan rakan sekelas telah mendapati pertambahan 21 kes. Secara keseluruhannya, kumulatif 22 kes positif dilaporkan setakat 15 Februari 2022. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin.