Kluster ini berlaku di salah sebuah kawasan tempat pembinaan di Kota Kinabalu. Indeks kes merupakan seorang lelaki bukan warganegara berumur 33 tahun dan memegang jawatan sebagai kakitangan pengurusan di kawasan tempat pembinaan tersebut. Kes mula bergejala 03 Februari 2022 dan telah menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Swasta pada 04 Februari 2022. Saringan terhadap kontak rapat kes mendapati 57 lagi kes positif di tempat kerja terbabit membabitkan pekerja di kawasan tersebut. Semua kes telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya.