Kluster ini berlaku di SMK Madai daerah Kunak. Indeks kes adalah seorang pelajar perempuan 13 tahun mula bergejala pada 1 Februari 2022. Kes menjalani saringan pada 3 Februari 2022 dan didapati positif. Saringan terhadap kontak rapat terdiri dari rakan seasrama mendapati 39 lagi kes positif menjadikan kumulatif seramai 40 orang. Semua kes di dalam kategori ringan, di asingkan dan diberi rawatan sewajarnya.