Kluster ini berlaku di SMK Kunak di daerah Kunak. Indeks kes adalah seorang pelajar perempuan mula bergejala pada 6 Februari 2022. Kes menjalani saringan pada 7 Februari 2022 dan didapati positif. Saringan terhadap kontak rapat terdiri dari rakan seasrama mendapati 19 lagi kes positif menjadikan kumulatif seramai 22 orang. Semua kes dalam kategori ringan, di asingkan dan diberi rawatan sewajarnya.