Kluster ini dikesan berlaku di SMK Simpangan, Paitan di daerah Beluran. Indeks kes adalah seorang pelajar perempuan asrama SMK Simpangan mengalami simptom selesma, batuk, dan sakit tekak dengan bermula pada 4 Februari 2022. Pelajar tersebut disaring pada 6 Februari 2022 dan didapati positif. Saringan terhadap kontak rapat satu asrama mendapati 22 lagi kes positif menjadikan kumulatif kes seramai 23 orang. Semua kes di kategorikan dalam 1 dan 2 (gejala ringan) telah di asingkan dan di beri rawatan yang sesuai.