Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Bukit Garam
Institusi Pendidikan
9 Februari 2022
6 Februari 2022
47
Kinabatangan
SMK Bukit Garam, Kinabatangan
Kluster ini berlaku di SMK Bukit Garam 1 yang terletak di daerah Kinabatangan. Kes Indeks adalah melibatkan seorang pelajar perempuan warganegara Malaysia berumur 18 tahun yang menjalani ujian saringan RTK-Ag di Hospital Kinabatangan pada 6 Februari 2022 untuk tujuan saringan bergejala kerana mula bersimptom pada 28 Januari 2022.Hasil saringan mendapati kes telah positif dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati, seramai 46 orang kontak rapat pelajar dan kakitangan sekolah menjadikan
kumulatif kes kluster seramai 47 orang. Semua kes di kategorikan dalam 1 dan 2 (gejala ringan), telah di asingkan dan di beri rawatan yang sesuai.