Kluster Jalan Kebulian ini melibatkan sebuah institusi pendidikan di SMK Kota Marudu 2. Indeks kes adalah seorang warganegara perempuan, 18 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 5 yang tinggal di asrama di sekolah berkenaan. Kes mula bergejala pada 2 Februari 2022 dan telah mendapatkan rawatan dan didapati positif COVID 19 RTK AG pada 3 Februari 2022. Kes telah dikuarantin dan diberikan rawatan yang sesuai. Saringan telah dijalankan tehadap kontak rapat dan sebanyak 7 lagi kontak didapati positif menjadikan kumulatif kes sebanyak 16. Semua kes yang positif telah dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut.