Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Pintas Sembulan
Institusi Pendidikan
7 Februari 2022
3 Februari 2022
18
Kota Kinabalu
SM Maktab Sabah, Kota Kinabalu
Kluster Jalan Pintas Sembulan bagi daerah Kota Kinabalu diisytiharkan berlaku dalam institusi pendidikan. Kluster ini melibatkan sekumpulan pelajar asrama di SM Maktab Sabah yang terletak dalam mukim Sembulan. Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang pelajar perempuan, warganegara, berumur 15 tahun yang tinggal di asrama sekolah terbabit. Kes mula bergejala pada 03 Februari 2022 dan telah menjalani ujian saringan di KKIA Jalan Kebajikan pada hari yang sama dan didapati positif PCR COVID 19. Kes telah dimasukkan ke PKRC untuk tujuan kuarantin dan rawatan lanjut. Seramai 79 orang kontak rapat telah disaring dan 17 pelajar didapati positif, menjadikan kumulatif kes positif sebanyak 18 orang, manakala 4 lagi negatif. Semua kes positif adalah dalam kategori bergejala ringan (Kategori 2) dan telah dihantar ke pusat kuarantin dan menerima rawatan yang sesuai.