Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Tandek
Institusi Pendidikan
4 Februari 2022
17 Januari 2022
35
Kota Marudu
SMK Tandek 1, Kota Marudu
Kluster ini melibatkan SMK Tandek 1 di daerah Kota Marudu. Indeks kes merupakan seorang lelaki warganegara 15 tahun dan merupakan pelajar asrama di sekolah tersebut. Kes mula bergejala pada 15 Januari 2022 dan menjalankan saringan pada 17 Januari 2022 dan didapati positif RTK Antigen. Saringan terhadap rakan seasrama dan sekelas mendapati seramai 34 lagi kes positif menjadikan kumulatif kes sebanyak 35 orang. Semua kes dilaporkan dalam kategori 1 dan 2 (bergejala ringan), telah diasingkan dan diberi rawatan selanjutnya.