Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Pendidikan Ranau
Institusi Pendidikan
4 Februari 2022
31 Januari 2022
25
Ranau
SMK Mat Salleh, Ranau
Kluster ini melibatkan SMK Mat Salleh di daerah Ranau. Indeks kes adalah seorang lelaki 19 tahun warganegara dan merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 di sekolah tersebut. Indeks kes mula bergejala pada 29hb Januari 2022 dan telah melakukan ujian saringan kendiri dan didapati positif. Sekolah dimaklumkan pada hari yang sama dan kes terus dikuarantin. Kes telah disaring pada 31 Januari 2022 dan didapati positif. Saringan terhadap rakan sebilik, seasrama serta rakan sekelas menjadikan jumlah kes positif lain sebanyak 24 orang, ini menjadikan kumulatif kes positif sehingga 4 Februari 2022 adalah seramai 25 orang. Kesemua pesakit dikategorikan dalam kategori 1 dan 2 (gejala ringan) , telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya.