Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg. Weston
Komuniti
6 Februari 2022
3 Februari 2022
27
Beaufort
Kg. Lubok, Weston, Kg. Menengah, Weston
Kluster Kg Weston adalah kluster komuniti di Beaufort, berpunca daripada majlis perkahwinan yang dihadiri oleh ahli keluarga yang melibatkan lokaliti Kg Lubok dan Kg Menengah, Weston. Kes indeks merupakan seorang lelaki berumur 66 tahun telah disahkan positif melalui ujian PCR pada 3 Februari 2022 di Klinik Kesihatan Penampang kerana bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari 2022. Hasil saringan
kontak rapat, tiga (3) orang kontak serumah di kesan positif. Pesakit pernah menghadiri Majlis Perkahwinan di Kg Lubok dan Kg Menengah, Weston pada 29 dan 30 Januari 2022. Setakat ini jumlah kes yang berkait dengan kluster ini ialah 27 dan 22 dilaporkan pada hari ini. Semua pesakit telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya.