Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Koyah
Tempat Kerja
5 September 2021
20 Ogos 2021
25
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Koyah - Kinabatangan adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di
ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan. Kes indeks merupakan lelaki, 43,
pekerja ladang (general worker) yang disahkan positif ujian RTK AG positif 100%
grading pada 20 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Mabello Paris, Kinabatangan. Kes
indeks yang mula bergejala sejak 17 Ogos 2021 dan telah dirujuk ke Hospital
Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya. Setakat hari ini, aktiviti persampelan
kontak seterusnya mengesan 25 kes positif dalam kalangan kontak sosial termasuk
19 kes baharu yang dilaporkan. Siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi
masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko
kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.