Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Semawang
Tempat Kerja
4 September 2021
27 Ogos 2021
116
Sandakan
Sandakan
Kluster Semawang - Sandakan merupakan kluster tempat kerja yang melibatkan
pekerja di sebuah kilang papan yang bekerja dan tinggal di kuarters premis tersebut.
Pada 19 Ogos 2021, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif
COVID-19 kepada CPRC Sandakan. Kes indeks adalah pekerja lelaki, 40, bukan
warganegara yang dikesan COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100%
dalam saringan pekerjaan. Pada 27 Ogos 2021, tiga (3) lagi kes baharu dikesan di
lokaliti sama. Oleh itu, pengurus kilang telah membuat saringan terhadap 376
pekerja mulai 30 Ogos 2021 dan mendapati 103 orang pekerjanya disahkan positif
COVID-19 melalui kaedah ujian RTK AG. Setakat hari ini, kluster ini merekodkan
116 kes positif termasuk 103 kes baharu.