Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Pahlawan
2 September 2021
26 Ogos 2021
45
Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, Penampang
Kluster Jalan Pahlawan - Kota Kinabalu, Penampang merupakan kluster jenis
institusi latihan. Kluster ini melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota
Kinabalu yang terletak dalam Mukim Petagas. Penularan jangkitan berlaku dalam
kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja di dewan makan
pusat latihan tersebut serta turut menjangkiti ahli keluarga. Selain Kota Kinabalu,
daerah Penampang turut melaporkan kes yang mempunyai kaitan dengan kluster
berkenaan. Kes indeks adalah jurulatih polis, lelaki, 44, yang tinggal di Perumahan
IPK Blok Orkid Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan
Luyang, setelah bergejala sejak 24 Ogos 2021. Kes telah dimasukkan ke PKRC
Pirasan Kota Belud untuk rawatan lanjut. Daripada 72 sampel yang diambil, 45 kes
positif dikesan termasuk 41 kes baharu pada hari ini. Manakala sembilan (9) sampel
didapati negatif dan 18 masih menunggu keputusan ujian saringan.