Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Sawit Kinabatangan 2
1 September 2021
18 Ogos 2021
124
Kinabatangan
Kinabatangan
Kluster Sawit Kinabatangan 2 adalah kluster jenis tempat kerja yang berlaku di
ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan. Kes indeks merupakan lelaki, warga
Indonesia, 19, tanggungan seorang pekerja ladang tersebut. Kes indeks yang
bergejala sejak 18 Ogos 2021, disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) dan telah
dirujuk ke Hospital Kinabatangan pada 23 Ogos 2021 untuk rawatan lanjut. Aktiviti
persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 123 orang kontak sosial,
pekerja dan tanggungan juga positif COVID-19. Aktiviti siasatan, persampelan
COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran
jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang
berdekatan yang lain. Setakat hari ini, seramai 124 orang telah disaring dan 124 kes
positif dalam kluster ini termasuk 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini.