Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Sawit Jeroco
Tempat Kerja
31 Ogos 2021
26 Ogos 2021
57
Lahad Datu
Lahad Datu
Kluster Sawit Jeroco - Lahad Datu dikesan berlaku di Mukim Segama dalam
kategori tempat kerja. Kes indeks adalah pekerja kilang, lelaki, 27, yang disahkan
positif COVID-19 di klinik swasta pada 26 Ogos 2021 selepas bergejala sejak 25
Ogos 2021. Pihak pengurusan kilang dan klinik panel telah melakukan saringan
kontak dan saringan bersasar mulai 26 hingga 28 Ogos 2021. Daripada 215 kontak
yang disaring, 57 individu didapati positif termasuk 25 kes baharu hari ini, manakala
194 individu negatif saringan pertama. Semua kes positif COVID-19 dalam kluster
ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan. Kontak-
kontak rapat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di ladang tersebut.
Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara yang masih belum
menerima vaksin. Punca jangkitan masih dalam siasatan.