Perkembangan Jangkitan COVID-19 (11 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 50 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,003 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Kunak. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 91 menjadikan jumlah kumulatif 57,861 orang. Seramai 567 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 228 orang di hospital dan 339 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 36 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tuaran bertukar dari zon jingga ke zon kuning

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 50 kes positif COVID-19, sebanyak 31 kes (62%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan (9) kes (18%) saringan bergejala, tujuh (7) kes (14%) dari kluster sedia ada serta tiga (3) kes (4.2%) dari lain-lain kategori.