Perkembangan Jangkitan COVID-19 (09 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 61 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,857 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 71 menjadikan jumlah kumulatif 57,668 orang. Seramai 617 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 237 orang di hospital dan 380 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 31 orang dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Daripada 61 kes positif COVID-19, sebanyak 30 kes (49.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tiga (3) kes (4.9%) saringan bergejala, 25 kes (41%) dari kluster sedia ada serta tiga (3) kes (4.9%) dari lain-lain kategori.