Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 63 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,796 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Sandakan. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 98 menjadikan jumlah kumulatif 57,597 orang. Seramai 574 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 237 orang di hospital dan 337 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 28 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Putatan berubah dari zon jingga ke zon kuning manakala Kota Marudu bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Klusters Keramat di Semporna berlaku di Mukim Tampi-Tampi. Kes indeks merupakan pekebun, lelaki, 73, yang dilaporkan pengsan di kebun berhampiran rumahnya kemudian dibawa ke Hospital Semporna dan didapati positif RTK Antigen 100 peratus. Susulan kes itu, daripada 11 isi rumah yang disaring, tujuh (7) disahkan positif iaitu isteri, anak, menantu serta cucu. Tiga (3) daripada yang positif itu adalah guru sekolah rendah. Saringan kontak rapat seterusnya dilakukan di klinik kesihatan melibatkan guru-guru SK Hampalan dan SK Bubul serta saringan lapangan bagi guru-guru dan murid- murid pendidikan khas di SK Tampi-Tampi pada 07 Mei 2021. Hasil saringan, seorang (1) lagi guru SK Tampi-Tampi disahkan positif RTK Antigen 88 peratus, menjadikan jumlah terkumpul bagi kluster baharu ini sebanyak sembilan (9) kes. Aktiviti pengesanan kontak rapat serta mengenal pasti punca jangkitan sedang giat dijalankan.

Daripada 63 kes positif COVID-19, sebanyak 25 kes (39.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 18 kes (28.6%) saringan bergejala, 13 kes (20.6%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tujuh (7) kes (11.1%) dari lain-lain kategori.