Perkembangan Jangkitan COVID-19 (06 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 69 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,580 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 141 menjadikan jumlah kumulatif 57,387 orang. Seramai 638 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 225 orang di hospital dan 413 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 28 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Kluster Jalan Tunku Kota Kinabalu melibatkan kakitangan dan pekerja pembersihan Pejabat Lembaga Hasil Dalam (LHDN) Negeri Cawangan Kota Kinabalu. Kes indeks merupakan wanita, 66, kakitangan pembersihan di Tingkat 2 bangunan tersebut yang disahkan positif hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Luyang, pada 23 April 2021. Susulan kes itu, pasukan kawalan mengaktifkan aktiviti pengesanan kontak dan arahan ujian saringan COVID-19 juga telah dikeluarkan. Setakat hari ini, jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 10 kes merangkumi tiga (3) kes di Kota Kinabalu, empat (4) kes di Papar, dua (2) kes di Putatan dan satu (1) kes di Penampang.

Daripada 69 kes positif COVID-19, sebanyak 26 kes (37.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 13 kes (18.9%) saringan bergejala, 23 kes (33.3%) dari kluster sedia ada serta tujuh (7) kes (10.1%) dari lain-lain kategori.