Perkembangan Jangkitan COVID-19 (30 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 41 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,698 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 82 menjadikan jumlah kumulatif 53,891 orang. Seramai 390 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 167 orang di hospital dan 223 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 26 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu direkodkan.

Kluster Semarak di Tawau hari ini menambah lima (5) kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam (6) kes. Kes indeks merupakan calon penjawat awam yang disahkan positif melalui saringan di klinik swasta sebelum mendaftar masuk ke pusat latihan di Kota Kinabalu. Saringan kontak rapat mendapati lima (5) lagi kes positif dalam kalangan rakan serumah. Saringan serta punca jangkitan masih dijalankan.

Kluster Ranggu di Tawau dikesan pada 26 Mac 2021 apabila kes indeks iaitu jurujual alat komunikasi menjalani saringan bergejala di salah sebuah klinik. Hasil saringan kontak rapat, tujuh (7) lagi kes positif termasuk rakan serumah dan teman lelaki direkodkan. Berdasarkan penelitian kes, jangkitan dipercayai berpunca daripada keluarga kes indeks yang menghadiri kenduri arwah di Taman Semarak pada 20 Mac 2021 dan Majlis Graduasi pada 24 Mac 2021. Pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.

Daripada 41 kes positif COVID-19, sebanyak 14 kes (34.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tujuh (7) kes (17.1%) saringan bergejala, 17 kes (41.5%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tiga (3) kes (7.3%) dari lain-lain kategori.