Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 29 Mac 2021 adalah sebanyak 34 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,657 kes. Dua (2) kes kematian direkodkan pada hari ini iaitu di daerah Kota Kinabalu dan Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 32 menjadikan jumlah kumulatif 53,809 orang. Seramai 408 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 170 orang di hospital dan 238 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 30 orang dan 14 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan berubah dari zon merah ke zon jingga.

Daripada 34 kes positif COVID-19, sebanyak 19 kes (55.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, tiga (3) kes (8.8%) saringan bergejala, tujuh (7) kes (20.6%) dari kluster sedia ada serta lima (5) kes (14.7%) dari lain-lain kategori.