Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 38 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,623 kes. Tiada kematian kes COVID-19 direkodkan pada hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 44 menjadikan jumlah kumulatif 53,777 orang. Seramai 430 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 177 orang di hospital dan 253 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 26 orang dan 12 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah direkodkan pada hari ini.

Daripada 38 kes positif COVID-19, sebanyak 13 kes (34.21%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan (8) kes (21.1%) saringan bergejala, lapan (8) kes (21.1%) dari kluster sedia ada serta sembilan (9) kes (23.6%) dari lain-lain kategori.