Perkembangan Jangkitan COVID-19 (01 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 104 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,990 kes. Pada hari ini, dua (2) kes kematian dilaporlkan iaitu satu (1) kes di Daerah Tenom dan satu (1) kes di daerah Keningau. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 74 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,436 orang. Pada hari ini juga sejumlah 722 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 248 orang di hospital, 466 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 31 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Belud berubah dari zon jingga ke zon merah, Beluran dari zon kuning ke zon jingga dan Kuala Penyu dari zon hijau ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 104 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 50 kes (48.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 10 kes (9.6%), saringan kluster sedia ada 31 kes (29.8%), dan 13 kes (12.5%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 sebanyak 785 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,767 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 490 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,042 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 14.32%.

PKRC Asrama Kompleks Sukan Sibuga, PKRC Marudu Inn dan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Menggatal telah ditamatkan operasi sebagai PKRC pada hari ini. Pesakit dari PKRC Marudu Inn telah dipindahkan ke PKRC Dewan Komuniti Kota Marudu (PKRC baharu).%.