Perkembangan Jangkitan COVID-19 (22 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 453 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,862 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di Kinabatangan, Sandakan dan Lahad Datu. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 650 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 41,579 orang. Sejumlah 2,839 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 862 orang di hospital, 1,958 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 19 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 81 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah dicatatkan.

Terdapat satu kluster baharu iaitu:

Kluster Ladang Desa Jerocco, Kinabatangan dengan 34 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38 kes. Kes indeks melibatkan dua (2) orang pekerja penyabit buah sawit yang positif RTK Ag dalam saringan PERKESO. Susulan penemuan itu, Pejabat Kesihatan Kawasan Kinabatangan mengarahkan pihak pengurusan ladang menjalankan saringan kontak rapat dan saringan pekerja ke atas 70 pekerjanya. Daripada jumlah itu, 36 lagi kes positif COVID-19 berjaya dikesan. Penilaian risiko serta saringan masih lagi diteruskan ke ladang-ladang milik syarikat yang sama.

Daripada 453 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 293 kes (64.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 71 kes (15.7%), saringan kluster baharu dan sedia ada 49 kes (10.8%), saringan pelajar masuk asrama tiga (3) kes (0.7%), saringan komuniti tiga (3) kes (0.7%), saringan PERKESO satu (1) kes (0.2%) dan 33 kes (7.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,100 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 4,580 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti katil ialah 6,780 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.87%.