Perkembangan Jangkitan COVID-19 (19 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 526 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 44,602 kes. Tiada kematian direkodkan hari ini.

Pada hari ini, seramai 369 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,133 orang. Sejumlah 2,849 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 769 orang di hospital dan 2, 080 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 80 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran bertukar dari zon jingga ke zon merah. Manakala Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Peningkatan jumlah kes positif COVID-19 hari ini adalah disebabkan saringan besar-besaran yang giat dijalankan oleh PERKESO di kilang-kilang terutama di kawasan Pantai Timur Sabah seperti:
i. Ladang Baturong Kunak (73 kes)
ii. Ladang GNG Kinabatangan (15 kes)
iii. Ladang Matamba L Datu (20 kes)
iv. Ladang Dan Kling segamaha (43 kes)

Daripada 526 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 364 kes (69.2%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 80 kes (15.2%), saringan kluster sedia ada 29 kes (5.5%), saringan komuniti 2 kes (0.4%), saringan pelajar masuk asrama 10 kes (1.9%) dan 41 kes (7.8%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,066 unit. Manakala, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam pula berjumlah 4,633 unit. Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,779 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 41.9%.