Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 432 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 44,076 kes. Satu kematian direkodkan di Kudat. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 438 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 39,764 orang. Sejumlah 2,906 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 794 orang di hospital dan 2,112 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 91 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah direkodkan.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu dilaporkan iaitu :

i. Kluster Jalan Bukit Bendera dengan dua (2) kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes. Kes indeks dikesan melalui saringan bergejala pada 5 Januari 2020 di Klinik Kesihatan Membakut. Saringan tempat kerja dan kontak rapat pula mendapati 17 lagi kes positif merangkumi daerah Kota Kinabalu 13 kes, Beaufort tiga (3) kes dan Papar dua (2) kes.

ii. Kluster Kompleks Segamaha, di Daerah Kinabatangan merekodkan 15 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 58 kes. Kluster ini berkaitan dengan pekerja ladang kelapa sawit di kompleks segamaha. Kes indeks telah dikesan pada 16 Januari 2020 melalui saringan tempat kerja.

Daripada 432 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 308 kes (71.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 62 kes (14.4%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (4.6%), saringan ladang (PERKESO) 15 kes (3.5%), saringan pelajar masuk asrama 10 kes (2.3%) dan 17 kes (3.9%) adalah daripada lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,040 unit. Manakala, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam pula berjumlah 4,633 unit. Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,773 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 42.91%.