Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 449 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 43,251 kes. Empat (4) kes kematian direkodkan iaitu tiga (3) kes di Lahad Datu dan satu (1) kes di Tuaran. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 379 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 38,989 orang. Sejumlah 2,957 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 762 orang di hospital dan 2,195 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 77 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, TIADA kluster baharu dilaporkan.

Daripada 449 kes positif COVID-19 yang direkodkan, sebanyak 338 kes (75.3%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (17.1%), saringan kluster-kluster sedia ada 7 kes (1.6%) dan rentas negeri 4 kes (0.9%) dan 23 kes (5.1%) adalah daripada lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,036 unit. Manakala, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam pula berjumlah 4,593 unit. Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,729 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 43.94%.