Perkhidmatan Keretapi Sepanjang Tempoh PKPB

Dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan kereta api bagi laluan Kota Kinabalu – Beaufort diberhentikan sementara selaras dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Negeri Sabah.

Walau bagaimanapun, bagi sektor Beaufort–Halogilat dan Tenom–Rayoh, perkhidmatan kereta api masih beroperasi untuk membolehkan penduduk sekitar di kawasan tersebut keluar ke pekan bagi urusan keperluan seharian.

Perkhidmatan kereta api akan berulang alik bagi sektor yang disebutkan dan masa bertolak adalah seperti berikut:
  1. Beaufort ke Halogilat akan bertolak pada pukul 4.50 pagi dan 1.30 petang
  2. Tenom ke Rayoh akan bertolak pada pukul 7.30 pagi dan 3.00 petang.

Info semasa boleh didapati melalui Facebook Jabatan Keretapi Negeri Sabah dan telegram mereka di https://t.me/joinchat/UDnr10rO5bT0E_sBZ3wfXg

Sumber: Jabatan Keretapi Negeri Sabah