Penangguhan Aktiviti Masjid dan Surau Seluruh Negeri Sabah

Muzakarah Khas Jabatan Kemuftian bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bertarikh 06 Oktober 2020 serta Keputusan MKN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah bertarikh 12 Oktober 2020 dengan dukacitanya menangguhkan semua aktiviti di masjid dan surau berkuatkuasa 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2020.

Semua aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di seluruh Sabah adalah ditangguhkan kecuali laungan azan dengan pertambahan kalimat ("Solatlah di rumah-rumah kamu") di akhir laungan azan.

Bacaan Doa Qunut Nazilah digalakkan setiap Solat Fardhu namun dibolehkan membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh sekiranya tidak menghafaz Doa Qunut Nazilah.

SOLAT 01
SOLAT 02