Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Desa Ranggu
27 Mei 2021
15 Mei 2021
18
Tawau
Tawau
Kluster Desa Ranggu di Tawau adalah kluster yang tercetus sempena perayaan aidilfitri
melibatkan individu yang telah lengkap vaksinasi masing-masing pada 06 Mac 2021
(Dos 1) dan 17 Mac 2021 (Dos 2). Individu yang juga kluster indeks bagi kluster ini
merupakan wanita, 53, mempunyai gejala sejak 15 Mei 2021, kemudiannya disahkan
positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei 2021 hasil saringan bergejala. Susulan kes
itu, saringan kontak rapat dan kontak sosial mendapati 17 lagi kes positif, menjadikan
jumlah kumulatif sebanyak 18 kes. Berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai
mendapat jangkitan daripada satu (1) kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya pada
13 Mei 2021. Kontak sosial terbabit mempunyai rekod pergerakan ke tiga buah rumah di
Taman Desa Ranggu serta rumah mertua di Kg Jawa Tawau sebelum dikesan positif
pada 22 Mei 2021. Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat sedang giat
dijalankan.