Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Jalan Kastam Baru
27 Mac 2021
25 Mac 2021
6
Lahad Datu
Lahad Datu
Kluster Jalan Kastam Baru di Lahad Datu menokok lima (5) kes baharu positif
COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam (6) kes.
Kluster ini mula dikesan pada 25 Mac 2021, apabila kes indek yang merupakan
pegawai penguatkuasa disahkan positif melalui saringan bergejala di klinik kerajaan.
Susulan kes tersebut, saringan kontak rapat dan saringan tempat kerja dijalankan ke
atas 51 orang dengan enam (6) kes didapati positif, manakala 39 lagi masih
menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.