Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Kg Simpang Tiga Merotai
3 April 2021
25 Mac 2021
10
Tawau
Tawau, Kalabakan
Kluster Kg Simpang Tiga Merotai, Kalabakan dan Tawau pada hari ini mencatat tiga kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 10 kes. Kes indeks merupakan wanita berusia 44 tahun bersama anak lelaki, berumur 14 tahun yang tinggal di Kg Simpang Tiga Mukim Merotai. Kedua-duanya disahkan positif menerusi saringan bergejala pada 25 Mac 2021 dan telah dimasukkan ke wad di pusat perubatan. Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri meminang pada 17 Mac2021 di KgPasir Putih. Susulan kes itu, daripada 36 orang yang disaring sejak 28 Mac 2021 hingga hari ini, 10 kontak rapat disahkan positif iaitu dua (2) ahli keluarga dari Taman Sawit, Balung dan lapan (? orang lagi keluarga dari Kg Simpang Tiga Merotai. Aktiviti pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan.