Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah

Info Kluster Negeri Sabah

Kluster Belacon
6 April 2021
31 Mac 2021
17
Lahad Datu
Lahad Datu
Kluster Belacon di daerah Lahad Datu pada hari ini menokok sembilan (9) kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 17 kes. Kes indeks merupakan lelaki, 22 tahun yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di sebuah klinik pada 31 Mac 2021. Susulan kes itu, saringan terhadap 195 individu yang merupakan kontak rapat serta pengunjung gereja mendapati 16 kes positif, manakala 137 individu didapati negatif saringan pertama dan 42 individu lagi masih menunggu keputusan. Hasil penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada seorang petugas gereja bukan warganegara, 54 tahun, berasal dari Tawau. Beliau mula bergejala sejak 25 Mac 2021 dan didapati positif pada 04 April hasil saringan kontak rapat di sebuah klinik. Semua kes positif dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Lahad Datu. Kontak rapat yang lain diarahkan menjalani kuarantin di pusat kuarantin PPR Sri Sepagaya, Lahad Datu.